Monday 8 April 2013

Tips semasa dan selepas membeli kereta terpakai.. #1 BRAKE!!

Baru2 ni kereta aku mula meragam bila beliau dapat tau tuan beliau dapat bonus. Mula2 hon taknak bebunyik, lpstu dan2 pulak airbag punya signal bkelip2, tak lame lepastu radio aku pulak tak boleh nak UP volume lagi. Ahh ni memang jalan nak menghabiskan duet. Selepas hampir setahun setengah baru kereta ni betol2 buat hal. Aku tak tunggu lama2 terus halo kawan baik selaku jurutera serbis Honda buat postmortem kete aku ni.

Bahagian keselamatan paling utama pada sebuah kereta yg perlu dummies diluar sana tahu ialah brek. Aku selalu syak yg memang ade yg tak kene dengan brek kereta aku ni. Bile tekan brek je tak terase tayar tu nak menggigit jalan. Setahun stengah jugak la aku terpaksa guna teknik apungan (drifting) sewaktu membelok pada kelajuan tinggi demi untuk mengatasi masalah brek kete aku ni.

Setelah diperhati dgn teliti, brake pad pada tayar depan aku makan sebelah je. Kiri kanan tayar pulak tu. Mengikut ahlil mekanik kereta ni, caliper kereta aku ni dah tak cemerlang, dah jem, dah tak awesome. Jadi kene dibaraikan, bukak piston bagai dalam caliper tu kasi gosok2 dgn kertas pasir halus, beli brake service kit dan brake pad kat kedai spare part kereta, ganti segala macam nenek getah dalam tu, abes buat tu terus bleeding minyak brek dgn tujuan nak buang segala gelembung udara bagai dalam salur minyak brek tu..TA-DAAA! Siap pon! *alang2 dah usik caliper,terus aku tembak kaler merah(storm red)SAMURAI* acah-acah BREMBO la konon..

Hasilnya, test drive di sekitar pantai Malibu ni memang menyaksikan aksi Fast and Furious Eleven(11), disertai bau tayar Dunlop Super Sport hangus. Brek ni memang sangat menggigit jalan serta menggigit kuku aku sebab kene standby duet beli tayar baru..wuwuwuwu...



1 comment:

  1. pantai malibu la sangat. padehal pantai remis je ponn

    ReplyDelete