Thursday 7 November 2013

HWL Hi-Low Soft-Hard Adjustable Absorber/Coilover setup. Part 2.

Salam, Howdy, Nie Hau Ma, Good Day kepada kengkawan yang dok melepek melayari internet.
Maaf kerana punya lama tak update blog sebab kereta eksiden, jiwa aku terus kacau-bilau..

REMUK,HANCUR,BERSEPAI hatiku bile tengok kereta yang tak pernah eksiden apatah lagi langgar kucing atau arnab atau hanjing selama 12 tahun akhirnya eksiden berlanggar Alzanokhorom dipandu si lelaki tua.

Udah langgar lari pula..pantang keturunan Panglima Garang udah langgar terus lari, trus aku shift gear 1, rpm jarum 5, kachiss! shift gear 2 rpm jarum 6,kachiss! shift gear3 overtake the old fella and quickly block to sideways.

Watdehal are u doin pokcik? Why u drive like a bitch?
What does the Pok Cik said? "Dingdingdingdingding"
"Pak Cik nak carik tempat selamat, k bye"
-nanti ak citer sal eksiden ni-

Wira a/b Coilover Setup
Setelah bertungkus-lumus bermandi peluh dengan pepium Paco Rabane akhirnya aku dapat setup ejastebel aku yang terbaik untuk Wira Aeroback 1.5 GLi VDO aku ni.
Cornering mantap, bulatan Melawati Shah Alam 100km/h belakang sikit pon takda buang, selekoh ular lepas tol Bukit Jelutong masuk Shah Alam pon stabil.

Berkakikan Falken 195/55/15 pada tayar depan dan belakang dengan tyre pressure 200kpa(Nitrogen gas), tinggi tayar belakang sejari setengah, dan tayar depan sejari, 6 clik soft-hard belakang dan 8 clik soft hard depan untuk (rembat mode depends on road surface), 3klik belakang 5 klik depan untuk (family mode), tadaa, kereta lumba jadi-jadian. (chamber kene ejas sket tapi aku lupa brape degree kene ejas)

Ini setup untuk masa kini lah kan..aku saje bagitau, da nama pon noob..hihi..
Mana tau aku tuka pakai Vossen ke, banyak footwork nak kena buat nanti.

Aku sedar, kereta single cam ni takda la hebat mana pon..
Pikap takdak, Top pon senak.. Lagi2 bila aku baca Initial D, nokhorom kat Jepon sana kutuk abes kereta single cam ni.. Fujiwara Takumi punya kereta hantar tauhu pon pakai twincam 4AGE..itu cerita aku baca 14 tahun lepas tau!

Sebab tu la kereta slow ni cornering kene superb..kita town ride, down hill tak payah pakai enjin kuat2(sebenarnye sebab tak mampu pakai enjin/kereta power hahaha!).
Apapon handling tetap nombor1, ichiban orang jepon cakap..sumbat enjin evo pon kalau handling wira pekak tak guna gak Wak Harto!

Ini Wira butuk salin kulit selepas kemalangan. Kedai tukang cat kereta cam siye, nanti aku buat tips pasal kereta eksiden dan apa yang engkorang perlu tahu. (aku tau korang mesti terpesona dengan editing paint aku yang marbeles tu).

Thursday 25 July 2013

HWL Hi-Low Soft-Hard Adjustable Absorber/Coilover setup.

Salam, Howdy, Nie Hau Ma, Good Day,
Bertemu pertama kali dalam isu teknikal untuk si taktahuapapa(dummies).
Isu teknikal kali ni berkaitan absorber kereta. Disebabkan aku hanya mampu pakai kereta kebanggaan negara iaitu wira maka aku cerita pasal kereta aku je la.

Wira Aeroback 1.5Gli UK spec, tu la keretaku. Setelah berkhidmat selama sedekad lebih kereta ni bertukar tangan kepada tuan baru iaitu aku. Dapat kat aku terus la wira a/b stendet gaban berubah kepada kereta acah-acah racing jalanan. Dari look biasa aku ubah kepada sporty,dari handling biasa aku ubah kepada street race, dari senyap kepada bising - dari bising kepada senyap(family marah pakai kete bising).Huhuhu.

OK, the story begins.
Wira A/B ni masa aku ambik handling memang macam apentah tapi comfort tu ok sehinggalah absorber belakang leaking barulah aku ade kesempatan nak tengok apa ada pada kereta ni. Kereta ni berkakikan absorber Kayaba (KYB) jenis minyak (oil type) dengan spring stendet kilang disertakan sekali dengan buffer dari jenis AMT (getah merah utk support spring tu). Disebabkan budget ciput maka aku pon gantikan dengan absorber dari jenis Kayaba juga tapi dari jenis gas (KAYABA Excel-G) dengan harga RM180 siap pasang. Upah yang buat mahal, harga barang murah je pon dalam RM100-RM120 sepasang belakang. Tak lama lepas kejadian, aku pon congak-congak untuk tukar kepada spring sport, halo kawan2 ada sorang nak tolak spring Tanabe Sustec. Kondisi terpakai, tapi bila aku pakai memang okkay. Tak keras - tak lembut tapi kereta lu rendah handling lu makin ok.

Lama-lama boring pakai sport spring, sebabnya absorber aku kong. Tak tau pehal kong, kejap2 kong, kejap2 keluar duit, kejap2 corner jadi cam lipan. Setelah diracun Epul dari kelab PROSBOC pada minggu pertama Ramadhan 2013, aku merembat HWL Hi-Low/Soft-Hard untuk dipasang pada baby butuk aku ni. Setelah banyak rujukan internet dan kengkawan, spring rate yang sesuai untuk wira bernadikan 4G15 ni ialah spring depan 6K, spring belakang 4K. Setup ini ialah untuk keselesaan dan boleh juga untuk street race. Sebab boleh untuk street race? Sebab coilover yang aku pakai ni boleh adjust keras dan lembutnya absorber ko tau? Model yang aku beli ni ialah MT1-BS. Yaa.. BS.. Body Shift. Best kan?

Body Shift ni sebenarnya nak ubah cara tradisional/typical untuk merendahkan kereta. Ada orang potong spring sebab nak kereta rendah, bagi pengguna adjustable absorber yang biasa cara merendahkan kereta dorang ialah dengan memampatkan spring,ikat spring tu bagi mampat baru boleh dapat kereta rendah. Tapi cara ni secara tak langsung akan mengubah sifat keanjalan spring tu disamping absorber pon terpaksa compress(tertekan/ntah aku taktau nak panggil apa) sebab nak support spring yang telah dimampatkan tu. Dengan feature Body Shift ni, tak payah nak mampat/potong/tekan spring tu lagi sebab tapak bawah/kaki absorber tu boleh laras(adjust). Jadi kalau nak tinggi rendah adjust saja kakinyaa.. Macam orang jugaklah, nak tinggi buat la pembedahan kaki, tambah tulang besi bagai kasi tinggi.
Ha nampak Body Shift-able tu. Ini gambar pinjam, model ini ada Body Shift tapi tak ada feature Soft-Hard.

Ni barang baru.

Proses pemasangan oleh taiko Lian si tukang pasang coilover GAB terlatih. Alang-alang nak raya gua tukar tayar sekali. Kopak pokcik. 

Setelah siap pasang, aku set ketinggian kereta ni 2jari celah antara fender dengan tayar. Depan dan belakang. Setup Soft Hard(damper rate) pulak si taiko Lian tu letak 16 click. Cilako betol, bila bawak keras melambung macam bawak kuda.
Si Lian ni ada pesan kalau tak sedap you kasi adjust sendiri balik rumah nanti. Baru ku tahu, Lian ini telah silap kerana menyangka damper rate HWL sama dengan GAB. GAB SS series boleh adjust sehingga 32 click, so 16 click tu medium setting la kiranya. HWL punya damper rate hanyalah 20-22 click kalo tak silap aku kira haritu la.
Pada mulanya aku set full hard(paling keras) pada bahagian depan. Cornering memang macam lipas kudong, tp jalan berbonggol nauzubillah. Boleh terberanak ibu mengandung.

Ini gambo pinjam. Pusing kiri untuk damper rate yang lebih rendah(lembut) pusing kanan untuk damper rate yang lebih tinggi(keras). Boleh set sampai keras boleh melompat kanggaru dalam kereta. Nyahaha!

Ini gambo pinjam. Kat situ la punat untuk adjust damper rate(hadapan).

Jadi sementara ni aku set depan 6 click, belakang 5 click. Memang sedap macam pakai suspension standard, tapi kereta rendah. Baru 2 minggu layan, tapi tak habis setup ni. Ada lg yang tak puas hati. Tayar belakang aku sangkut.

Papehal nanti update lagi. Aku nak berbuka Nasi Briyani Gam rini, sapa nak ikot?!

Tuesday 23 April 2013

Kursus Jangkamasa Pendek di ABM Jalan Chan Sow Lin, KL. (CIDB)

Alhamdulillah, berkat nasik lemak kak eton aku semakin sehat dan bertenaga menghadapi hari-hari yg mendatang.. Tapi ni bukan nak citer pasal nasik lemak kak eton yg aku makan kt Chiling haritu. Ni nak citer pasal kursus jangkamasa pendek di ABM(Akademi Binaan Malaysia) di bawah CIDB.

Syarat2 menyertai kursus ni tak susah :

1. Kad Hijau CIDB, kalau tak ada pi buat la~ 
2. Warganegara Malaysia (tak silap pak cik, orang Indon pon boleh kot sebab haritu ade nampak cam ada orang Indon join je)

3. Masa senggang selepas waktu kerja dari pukul 6petang sehingga 12tengah malam.

4. Sihat tak sakit

5. Waras tak gila
6. Hensem dan kacak

OK, yg nombor 6 tu aku tambah2 je. Kursus jangkamasa pendek ni bukan selalu ada sebab ianya FREE. Walaupun seminggu je kursusnya, pelajar akan didedahkan(bukan di dadahkan) dengan segala macam pengetahuan berkaitan kursus yg dipelajari. Bukan setakat didedahkan aje, hands-on(amali) pon ada. Mesti ada amali sebabnye akan dapat sijil kemahiran di akhir kursus nanti. Nak dapat sijil mesti lulus ujian dengan jaya dan gemilangnya. Sebagai contoh kalau buat wiring tu bile amek ujian mesti siap dalam masa ditetapkan dan berfungsi dengan cemerlang. Bila siap je ujian mesti show-off dengan muka berlagak sambil gentel2 segala macam suis yg ko da pasang kononnye ko da siap lettew, barulah dikatakan berjaya dengan gemilangnya.

Kepada yg tak tahu apalancheow pon(dummies) pasal teknikal dan takda kemahiran pasai apa2pon, janganlah berasa takut mahupon segan untuk menyertai kursus2 yg ditawarkan. Sebabnye tenaga pengajar kat sini memang sangatlah bijak dan awesome serta langsung tidak kedekut ilmu untuk mencurahkan segala macam ilmu kepada nusa dan bangsa. Chewwah. Tapi serious, cikgu2 kat sini memang okay punye.

Tapi untuk pengetahuan semua, kursus pendek ni adalah pada tahap1, level1,darjah1,1dari belakang. Sebabnya untuk jadi Professional mesti lah amek tahap yg lebih tinggi dan itu semestinya lah ada harganya. Kursus ni adalah pengenalan, mukadimah, kick-start, batu loncatan kepada masa hadapan yg lebih gemilang. Walaupun pengenalan, bila balik rumah kauworang start practise, hari2 berlatih buat apa yg dipelajari, memang bole jadi terel. Terel betol.

k bos da masuk, babai~