Tuesday 23 April 2013

Kursus Jangkamasa Pendek di ABM Jalan Chan Sow Lin, KL. (CIDB)

Alhamdulillah, berkat nasik lemak kak eton aku semakin sehat dan bertenaga menghadapi hari-hari yg mendatang.. Tapi ni bukan nak citer pasal nasik lemak kak eton yg aku makan kt Chiling haritu. Ni nak citer pasal kursus jangkamasa pendek di ABM(Akademi Binaan Malaysia) di bawah CIDB.

Syarat2 menyertai kursus ni tak susah :

1. Kad Hijau CIDB, kalau tak ada pi buat la~ 
2. Warganegara Malaysia (tak silap pak cik, orang Indon pon boleh kot sebab haritu ade nampak cam ada orang Indon join je)

3. Masa senggang selepas waktu kerja dari pukul 6petang sehingga 12tengah malam.

4. Sihat tak sakit

5. Waras tak gila
6. Hensem dan kacak

OK, yg nombor 6 tu aku tambah2 je. Kursus jangkamasa pendek ni bukan selalu ada sebab ianya FREE. Walaupun seminggu je kursusnya, pelajar akan didedahkan(bukan di dadahkan) dengan segala macam pengetahuan berkaitan kursus yg dipelajari. Bukan setakat didedahkan aje, hands-on(amali) pon ada. Mesti ada amali sebabnye akan dapat sijil kemahiran di akhir kursus nanti. Nak dapat sijil mesti lulus ujian dengan jaya dan gemilangnya. Sebagai contoh kalau buat wiring tu bile amek ujian mesti siap dalam masa ditetapkan dan berfungsi dengan cemerlang. Bila siap je ujian mesti show-off dengan muka berlagak sambil gentel2 segala macam suis yg ko da pasang kononnye ko da siap lettew, barulah dikatakan berjaya dengan gemilangnya.

Kepada yg tak tahu apalancheow pon(dummies) pasal teknikal dan takda kemahiran pasai apa2pon, janganlah berasa takut mahupon segan untuk menyertai kursus2 yg ditawarkan. Sebabnye tenaga pengajar kat sini memang sangatlah bijak dan awesome serta langsung tidak kedekut ilmu untuk mencurahkan segala macam ilmu kepada nusa dan bangsa. Chewwah. Tapi serious, cikgu2 kat sini memang okay punye.

Tapi untuk pengetahuan semua, kursus pendek ni adalah pada tahap1, level1,darjah1,1dari belakang. Sebabnya untuk jadi Professional mesti lah amek tahap yg lebih tinggi dan itu semestinya lah ada harganya. Kursus ni adalah pengenalan, mukadimah, kick-start, batu loncatan kepada masa hadapan yg lebih gemilang. Walaupun pengenalan, bila balik rumah kauworang start practise, hari2 berlatih buat apa yg dipelajari, memang bole jadi terel. Terel betol.

k bos da masuk, babai~

Monday 15 April 2013

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Baru

Saje aku nak cerita pasal air terjun dalam Selangor ni..Hujung minggu haritu aku dan kawan2 jelajah Kuala Kubu Baru dgn niat nak mandi air terjun yg kononnye tercantik di Selangor..Sorry to say, taklah cantik manepon tempatnye..Pasaipa? Pasai sampah sarap.. Ade jenis2 makhluk bangsat yang jenis datang bawak jajan cekedis bagai bila balik men tinggal kat situ je..nokharom btol.. Aku tengok pelancong yg datang memang masing2 tunjuk muke jijik dan geligeleman, tetibe aku yg terasa malu.. Malu dgn sikap pengotor rakyat Malaysia ni..

OK, Air Terjun Chiling ni senang je jalan nak perginye.. Aku masuk lalu Selayang, follow je signboard ke Kuala Kubu Baru, da sampai pekan KKB tu ade 1 je signboard tunjuk ke Santuari Ikan Kelah Chiling(tak silap akulah) takpon dari pekan KKB tu straight je ke dalam..Memang jalan macam menghala ke ceruk pedalaman tapi tu lah satu je jalannye, lepas sampai empangan yang beso macam tembok beso cina tu dah dekat la tu.. Agak2 nampak jambatan besi kecik lepastu ada kereta banyak2, letak je kereta motor bagai kat situ..sini memang takde tempat letak kete, letak je kete tepi jalan lepastu jalan kaki ramai2 cm budak tadika.. Kena jalan kaki dalam 10minit baru sampai ke camp site.. Dah sampai terus register, bayar seringgit and GO!!

Mula2 lalu jambatan gantung yang panjangnye sekangkang kera, lpstu masuk utan.. OK, kat sini memang aku dan kawan2 terkena..tengah jalan ni ada simpang 4..kiri kanan ko nampak macam longkang tengah hutan dgn air mengalir, depan ko ada semak dengan laluan tinggalan traveller2 sebelum ni..Mengikut logik akal chief Inspektor Mazlan Sharingan, mestilah kita kena jalan terus, ikut laluan yg sedia ada ni..lalu tanpa fikir panjang teruslah kamikamikami ni meredah onak duri belukar bagai..

Ahhh shilake..kenapa kena hiking bagai ni? Panjat bukit,turun bukit,sliding sana sini sampai naik pitam kawan..aku tak dengar langsung bunyi air mengalir..pfffftttttttt...ini laluan pendaki gunung la..40minit...40minit aku kendong bakul nasik lemak kak eton sambil panjat gunung dengan pakai selipar AsSADI tiruan.. THIS IS MADNESS.. aku datang nak mandi air terjun, bukan nak panjat gunung..Kami dah silap jalan..patah balik ke simpang4 tadi.. Mazlan kata "Kaki aku dah melayang2 ni, tp tak nampak air terjun pon?" Rupa2nya jalan yg betol adalah melalui jalan seakan longkang yg ada air mengalir tadi..Senang cerita, lepas jambatan gantung jalan depan sket belok kiri..Cisss..kenapa takda SIGNBOARD haaa labu??

Sepanjang perjalanan(lepas belok kiri tadi tau)nanti akan nampak signboard/checkpoint tempat kita perlu melintas sungai..Tak silap aku adala dalam 4checkpoint.. Perjalanan dari checkpoint pertama ke tempat tujuan mengambil masa dalam 20minit meredah hutan je..kalau bawak anak @ budak gemok @ sissy boy memang 40minit jugak la baru sampai..

Bila dah sampai ke tempat air terjun..hampa..kawasan melepak penuh sampah dan orang2 yg melepak seakan biawak komodo di atas batu2..tapi puas sebab boleh tengok air terjun tinggi sambil makan nasik lemak kak eton lauk sambal kerang dengan nugget ayamas dan potato wedges tesco..

Air terjun tu tangkap gambo sendiri. Ingat nature tak reti nak selfie? kahkahakah!

Monday 8 April 2013

Tips semasa dan selepas membeli kereta terpakai.. #1 BRAKE!!

Baru2 ni kereta aku mula meragam bila beliau dapat tau tuan beliau dapat bonus. Mula2 hon taknak bebunyik, lpstu dan2 pulak airbag punya signal bkelip2, tak lame lepastu radio aku pulak tak boleh nak UP volume lagi. Ahh ni memang jalan nak menghabiskan duet. Selepas hampir setahun setengah baru kereta ni betol2 buat hal. Aku tak tunggu lama2 terus halo kawan baik selaku jurutera serbis Honda buat postmortem kete aku ni.

Bahagian keselamatan paling utama pada sebuah kereta yg perlu dummies diluar sana tahu ialah brek. Aku selalu syak yg memang ade yg tak kene dengan brek kereta aku ni. Bile tekan brek je tak terase tayar tu nak menggigit jalan. Setahun stengah jugak la aku terpaksa guna teknik apungan (drifting) sewaktu membelok pada kelajuan tinggi demi untuk mengatasi masalah brek kete aku ni.

Setelah diperhati dgn teliti, brake pad pada tayar depan aku makan sebelah je. Kiri kanan tayar pulak tu. Mengikut ahlil mekanik kereta ni, caliper kereta aku ni dah tak cemerlang, dah jem, dah tak awesome. Jadi kene dibaraikan, bukak piston bagai dalam caliper tu kasi gosok2 dgn kertas pasir halus, beli brake service kit dan brake pad kat kedai spare part kereta, ganti segala macam nenek getah dalam tu, abes buat tu terus bleeding minyak brek dgn tujuan nak buang segala gelembung udara bagai dalam salur minyak brek tu..TA-DAAA! Siap pon! *alang2 dah usik caliper,terus aku tembak kaler merah(storm red)SAMURAI* acah-acah BREMBO la konon..

Hasilnya, test drive di sekitar pantai Malibu ni memang menyaksikan aksi Fast and Furious Eleven(11), disertai bau tayar Dunlop Super Sport hangus. Brek ni memang sangat menggigit jalan serta menggigit kuku aku sebab kene standby duet beli tayar baru..wuwuwuwu...