Thursday 25 July 2013

HWL Hi-Low Soft-Hard Adjustable Absorber/Coilover setup.

Salam, Howdy, Nie Hau Ma, Good Day,
Bertemu pertama kali dalam isu teknikal untuk si taktahuapapa(dummies).
Isu teknikal kali ni berkaitan absorber kereta. Disebabkan aku hanya mampu pakai kereta kebanggaan negara iaitu wira maka aku cerita pasal kereta aku je la.

Wira Aeroback 1.5Gli UK spec, tu la keretaku. Setelah berkhidmat selama sedekad lebih kereta ni bertukar tangan kepada tuan baru iaitu aku. Dapat kat aku terus la wira a/b stendet gaban berubah kepada kereta acah-acah racing jalanan. Dari look biasa aku ubah kepada sporty,dari handling biasa aku ubah kepada street race, dari senyap kepada bising - dari bising kepada senyap(family marah pakai kete bising).Huhuhu.

OK, the story begins.
Wira A/B ni masa aku ambik handling memang macam apentah tapi comfort tu ok sehinggalah absorber belakang leaking barulah aku ade kesempatan nak tengok apa ada pada kereta ni. Kereta ni berkakikan absorber Kayaba (KYB) jenis minyak (oil type) dengan spring stendet kilang disertakan sekali dengan buffer dari jenis AMT (getah merah utk support spring tu). Disebabkan budget ciput maka aku pon gantikan dengan absorber dari jenis Kayaba juga tapi dari jenis gas (KAYABA Excel-G) dengan harga RM180 siap pasang. Upah yang buat mahal, harga barang murah je pon dalam RM100-RM120 sepasang belakang. Tak lama lepas kejadian, aku pon congak-congak untuk tukar kepada spring sport, halo kawan2 ada sorang nak tolak spring Tanabe Sustec. Kondisi terpakai, tapi bila aku pakai memang okkay. Tak keras - tak lembut tapi kereta lu rendah handling lu makin ok.

Lama-lama boring pakai sport spring, sebabnya absorber aku kong. Tak tau pehal kong, kejap2 kong, kejap2 keluar duit, kejap2 corner jadi cam lipan. Setelah diracun Epul dari kelab PROSBOC pada minggu pertama Ramadhan 2013, aku merembat HWL Hi-Low/Soft-Hard untuk dipasang pada baby butuk aku ni. Setelah banyak rujukan internet dan kengkawan, spring rate yang sesuai untuk wira bernadikan 4G15 ni ialah spring depan 6K, spring belakang 4K. Setup ini ialah untuk keselesaan dan boleh juga untuk street race. Sebab boleh untuk street race? Sebab coilover yang aku pakai ni boleh adjust keras dan lembutnya absorber ko tau? Model yang aku beli ni ialah MT1-BS. Yaa.. BS.. Body Shift. Best kan?

Body Shift ni sebenarnya nak ubah cara tradisional/typical untuk merendahkan kereta. Ada orang potong spring sebab nak kereta rendah, bagi pengguna adjustable absorber yang biasa cara merendahkan kereta dorang ialah dengan memampatkan spring,ikat spring tu bagi mampat baru boleh dapat kereta rendah. Tapi cara ni secara tak langsung akan mengubah sifat keanjalan spring tu disamping absorber pon terpaksa compress(tertekan/ntah aku taktau nak panggil apa) sebab nak support spring yang telah dimampatkan tu. Dengan feature Body Shift ni, tak payah nak mampat/potong/tekan spring tu lagi sebab tapak bawah/kaki absorber tu boleh laras(adjust). Jadi kalau nak tinggi rendah adjust saja kakinyaa.. Macam orang jugaklah, nak tinggi buat la pembedahan kaki, tambah tulang besi bagai kasi tinggi.
Ha nampak Body Shift-able tu. Ini gambar pinjam, model ini ada Body Shift tapi tak ada feature Soft-Hard.

Ni barang baru.

Proses pemasangan oleh taiko Lian si tukang pasang coilover GAB terlatih. Alang-alang nak raya gua tukar tayar sekali. Kopak pokcik. 

Setelah siap pasang, aku set ketinggian kereta ni 2jari celah antara fender dengan tayar. Depan dan belakang. Setup Soft Hard(damper rate) pulak si taiko Lian tu letak 16 click. Cilako betol, bila bawak keras melambung macam bawak kuda.
Si Lian ni ada pesan kalau tak sedap you kasi adjust sendiri balik rumah nanti. Baru ku tahu, Lian ini telah silap kerana menyangka damper rate HWL sama dengan GAB. GAB SS series boleh adjust sehingga 32 click, so 16 click tu medium setting la kiranya. HWL punya damper rate hanyalah 20-22 click kalo tak silap aku kira haritu la.
Pada mulanya aku set full hard(paling keras) pada bahagian depan. Cornering memang macam lipas kudong, tp jalan berbonggol nauzubillah. Boleh terberanak ibu mengandung.

Ini gambo pinjam. Pusing kiri untuk damper rate yang lebih rendah(lembut) pusing kanan untuk damper rate yang lebih tinggi(keras). Boleh set sampai keras boleh melompat kanggaru dalam kereta. Nyahaha!

Ini gambo pinjam. Kat situ la punat untuk adjust damper rate(hadapan).

Jadi sementara ni aku set depan 6 click, belakang 5 click. Memang sedap macam pakai suspension standard, tapi kereta rendah. Baru 2 minggu layan, tapi tak habis setup ni. Ada lg yang tak puas hati. Tayar belakang aku sangkut.

Papehal nanti update lagi. Aku nak berbuka Nasi Briyani Gam rini, sapa nak ikot?!