Tuesday 23 April 2013

Kursus Jangkamasa Pendek di ABM Jalan Chan Sow Lin, KL. (CIDB)

Alhamdulillah, berkat nasik lemak kak eton aku semakin sehat dan bertenaga menghadapi hari-hari yg mendatang.. Tapi ni bukan nak citer pasal nasik lemak kak eton yg aku makan kt Chiling haritu. Ni nak citer pasal kursus jangkamasa pendek di ABM(Akademi Binaan Malaysia) di bawah CIDB.

Syarat2 menyertai kursus ni tak susah :

1. Kad Hijau CIDB, kalau tak ada pi buat la~ 
2. Warganegara Malaysia (tak silap pak cik, orang Indon pon boleh kot sebab haritu ade nampak cam ada orang Indon join je)

3. Masa senggang selepas waktu kerja dari pukul 6petang sehingga 12tengah malam.

4. Sihat tak sakit

5. Waras tak gila
6. Hensem dan kacak

OK, yg nombor 6 tu aku tambah2 je. Kursus jangkamasa pendek ni bukan selalu ada sebab ianya FREE. Walaupun seminggu je kursusnya, pelajar akan didedahkan(bukan di dadahkan) dengan segala macam pengetahuan berkaitan kursus yg dipelajari. Bukan setakat didedahkan aje, hands-on(amali) pon ada. Mesti ada amali sebabnye akan dapat sijil kemahiran di akhir kursus nanti. Nak dapat sijil mesti lulus ujian dengan jaya dan gemilangnya. Sebagai contoh kalau buat wiring tu bile amek ujian mesti siap dalam masa ditetapkan dan berfungsi dengan cemerlang. Bila siap je ujian mesti show-off dengan muka berlagak sambil gentel2 segala macam suis yg ko da pasang kononnye ko da siap lettew, barulah dikatakan berjaya dengan gemilangnya.

Kepada yg tak tahu apalancheow pon(dummies) pasal teknikal dan takda kemahiran pasai apa2pon, janganlah berasa takut mahupon segan untuk menyertai kursus2 yg ditawarkan. Sebabnye tenaga pengajar kat sini memang sangatlah bijak dan awesome serta langsung tidak kedekut ilmu untuk mencurahkan segala macam ilmu kepada nusa dan bangsa. Chewwah. Tapi serious, cikgu2 kat sini memang okay punye.

Tapi untuk pengetahuan semua, kursus pendek ni adalah pada tahap1, level1,darjah1,1dari belakang. Sebabnya untuk jadi Professional mesti lah amek tahap yg lebih tinggi dan itu semestinya lah ada harganya. Kursus ni adalah pengenalan, mukadimah, kick-start, batu loncatan kepada masa hadapan yg lebih gemilang. Walaupun pengenalan, bila balik rumah kauworang start practise, hari2 berlatih buat apa yg dipelajari, memang bole jadi terel. Terel betol.

k bos da masuk, babai~

No comments:

Post a Comment